BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 14, 2011

Melihat kembali hari-hari yang lalu


Sudah lama 'gila' aku tak update blog merepek aku ni...biasalah, cuti 4 bulan. Aku x berdaya nak mengupdate disebabkan koneksi internet yang lebih lambat dari siput pecah cengkerang tu walaupun banyak yang aku nak share (dan banyak aku dah lupa hari ini). So bila dah lambat, aku jadi malas, maka aku kepilkan je lah gambar-gambar untuk recap aktiviti aku semasa cuti tempoh hari. Ada banyak lagi sebenarnya. tapi tak semua untuk dikongsi..aha!

mula....GO!

 (tidak mengikut susunan)


ni la barang-barang yang aku usung masa travel & cuti
dalam ni ada anak penyu sbnrnya (volunteer: WWF Melaka)
ini penyu ye semua (volunteer: WWF Melaka)
tiket ketapi neh (balik kampung : medan-prapat)

kawan-kawan kawen (wedding: aqma & fadil)
pagi-pagi raya
tioman!!! (sand,sun,seafood)
part of the scene (pesta kaamatan 2011)

ribut di PD, pic half plak (outing bsme rakan skrja)

dari atas ku pandang bawah (taman negara kinabalu)

baca buku dan komik ku

keje part time (teka, kucing tu dalam sangkar ke luar?)

sedikit aktiviti popuan gedik..
jumpa 2 taiko botak

sedia maklum aku ni bukan orang yang rajin. maka next post mmg dah ada dalam kepala..tapi belum tau bila aku akan post ye..harap maklum..heheh

p/s : doakan aku berjaya sem ni...

Sunday, June 19, 2011

cinta aku dan William




.aku nk cerita pasal kekasih hati aku buat masa kini iaitu William.

semalam aku dah berbelanja agak besar untuk William ku tersayang...tak mengapalah...aku tengok dia macam tak cukup kasih sayang je..jadi, aku bagi la kasih sayang skit...tapi lepas tu aku pegi melenjan ngan die jaoh-jaoh. penat gak...naik sengal badan aku...tak pe lah..spend masa lama skit ngan dia..test power sket...pulas puas-puas..hehe

tapi hari ni....balik kerja
aku jalan slow gila dengan dia..tak lebih 40km/j pun...ahahhahaa
aku spend time gila ngan dia..
walaupun orang-orang tengok aku macam x reti,
tak betul
cam nak usha sesuatu (mencurigakan)
aku x dulik...
baru aku perasan banyak benda yang aku dah tertinggal
aku dapat menikmati matahari terbenam
dapat usha awek2 *awek?*
baru aku perasan ada abang burger kat Damai...boleh aku try nanti..hehe (adekah abang burger itu kacak?)

mungkin aku patut luangkan lebih masa dengan tenang dengan William...arus kehidupan kadang kala membuat aku hilang dalam diri aku sendiri...

dapatkah kami sama-sama bahagia buat masa yang lama?




kalo korang tak paham ape yg ditulis tu. aku tak kisah..sebab ianya dalam bahasa thai..dan aku sendiri pun tak paham. hahahah..

Friday, June 10, 2011

ya! aku adalah back benchers




aku memang back benchers (orang yang selalu duduk di belakang) bukan backbenchers yang parliment tu....bukan...bukan...


bukan yg ni tau


tak tau kenapa, tapi dari aku tadika aku memang duduk di bahagian belakang dan kalau kat mana-mana pun (bas, lif, dan sebagainya) aku selalulnya ambil posisi belakang...

aku dapati aku belajar banyak tentang kehidupan masa duduk belakang (tentang hidup je...akademik kurang..ciss)

aku suka perhatikan orang-orang dan manusia-manusia yang limpas depan mata aku. dah jadi satu 'habit' pulak rasanya...dan aku rasa alergi bila duduk depan (siap ada simptom-simptom lagi)

tapi perkara ini memberi kesan sampingan buat masa yang panjang.....
akibatnya...result aku drop LAGI *tidakkkkkkk~~~~!!!*

yeah!!! oleh itu mengingatkan diri sendiri untuk mengubah apa yang perlu...

Tapi, aku tetap tidak akan mengubah 'habit' aku yang ini..

sebab back benchers adalah adventurous!!!!

cool kan!!!